0

NILAI KESERONOKAN HIDUP DI DUNIA

Khamis, 10 Mac 2011

Semakin hari manusia semakin leka mengejar dunia. Kebanyakan manusia tidak pernah puas-puas mencari keseronokan hidup di dunia yang sementara ini, yang lebih kurang 70-80 tahun sahaja. Mengejar dunia tidaklah salah, malah memang dituntut oleh Tuhan. Masalahnya, kita mengejar keduniaan secara melampau yang menyebabkan penyediaan bekalan untuk hidup selama-lamanya di akhirat nanti terabai. Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya surah at-Taubah ayat 38
yang bermaksud:

“Apakah kamu cukup puas dengan kehidupan dunia sebagai kehidupan akhirat? Padahal nikmat hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan hidup di) akhirat hanyalah sedikit.”

Maksudnya segala keseronokan, kelazatan, kemewahan dan kepuasan yang ada di dunia ini, yang mampu kita capai di sepanjang hayat kita yang singkat ini sangatlah sedikit. Jangan habiskan keseronokan di sini kerana kemungkinan besar kita kehilangan keseronokan hidup di akhirat.

Samalah kisahnya seperti seorang yang akan menghadiri dua jamuan. Jamuan pertama di rumah kawan manakala jamuan kedua di sebuah hotel. Jamuan pertama menghidangkan nasi putih dan telur goreng serta kicap. Orang tadi makan dengan lahapnya, tiga pinggan nasi dan tiga gelas air membuatkan perutnya penuh membuncit.

Kemudian dia pergi ke jamuan kedua yang dibuat secara ‘buffet’. Udang besar saja tiga jenis masakan, nasi beriani, ayam panggang, ikan bakar, pelbagai jenis pembasuh mulut, ada ais krim dan pelbagai lagi. Dapatkah orang tadi makan lagi? Sudah tentulah tak dapat kerana segala keseronokannya sudah dihabiskan dalam jamuan yang pertama tadi. Padahal jamuan pertama tadi hanyalah makanan biasa iaitu nasi putih dan telur goreng.

Begitulah tamsilannya. Sebab itu kita mesti bijak dalam menentukan masa depan kita di akhirat nanti.

Rasulullah SAW pula mengingatkan kita tentang nilai dunia ini berbanding akhirat dalam hadisnya yang bermaksud:

Telah diceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di pinggir tempat pembuangan sampah sarap dan menyeru para sahabatnya dengan bersabda:

“Kejarlah dunia.” Kemudian baginda mengambil seketul sampah yang sudah busuk dan seketul tulang yang sudah reput lalu bersabda: “Inilah dunia.”
(Baihaqi & Ibn Abi Dunya)

Lihatlah betapa rendahnya nilai kehidupan di dunia ini berbanding akhirat. Nabi Muhammad menyamakan dunia ini dengan sampah busuk dan tulang reput sahaja. Oleh itu janganlah kita melampau dalam mencari keseronokan hidup di dunia ini. Dunia ini tempat kita diuji. Dunia tempat ujian. Simpanlah sebahagian besar keseronokan kita itu untuk akhirat. Dunia tempat berjuang, maka kita jadikan diri kita pejuang. Berhiburlah sepuasnya di akhirat nanti. Melanconglah sepuasnya di sana. Berehatlah semahu-mahunya di syurga nanti. Makan minumlah yang lazat-lazat, semua ada di sana nanti. Dan pastinya juga kenikmatan terteringgi iaitu ‘memandang wajah Allah’ (*bahasa dalam).

Dalam sebuah hadis yang lain, maksudnya:

Dan pada suatu hari Rasulullah SAW terlihat bangkai seekor anak kambing yang sudah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda:

“Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya? Demi Allah, dunia (ini) lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air.” (Turmizi, Ibnu Majah & al-Hakim)

Rupa-rupanya nilai dunia ini lebih hina daripada nilai seekor bangkai anak kambing di sisi Tuhan. Apa nilai bangkai seekor anak kambing kepada kita? Ia tidak boleh dimakan dan makin lama makin busuk. Maksudnya tidak ada nilai apa-apa, sebab itulah ia dibuang begitu sahaja. Dunia ini lebih tidak bernilai daripada itu di sisi Allah SWT.

Lihat sajalah kerajaan Allah yang sangat luas meliputi seluruh alam semesta. Apa nilai bumi berbanding seluruh alam semesta? Tidak lain hanya sebutir habuk yang terapung-apung di angkasa, tidak sampaipun sebesar sebelah sayap nyamuk di sisi Tuhan.

Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengikut dari belakang. Kejarlah lampu (akhirat), nescaya bayang-bayang kita (dunia) akan menurut dari belakang. Akhirnya lampu (akhirat) kita dapat, dunia (bayang-bayang) pun tetap ada bersama kita.

Jangan kejar bayang-bayang (dunia), ia membawa kita jauh daripada lampu (akhirat) bahkan ia sendiri semakin lama semakin pudar dan akhirnya menghilang dalam kegelapan malam. Lampu (akhirat) tak dapat, bayang-bayang (dunia) pun hilang- terlepas kedua-duanya.

Kadang-kadang kita berasa hairan, mengapalah orang-orang kafir yang menentang Allah dapat hidup senang-lenang di dunia ini tetapi banyak orang-orang beriman yang hidup susah. Mengapa ya? Kerana segala bentuk kemewahan dan keseronokan di dunai ini sebenarnya tidak sampai pun sebelah sayap nyamuk. Kemewahan dan keseronokan di akhirat nanti itulah kemewahan dan keseronokan sebenar.

Masalahnya, ramai umat Islam sendiri yang seolah-olah tidak berapa yakin dengan janji-janji Allah dan tidak sabar untuk menuai hasil. Sabarlah, 70 tahun hayat kita di dunia ini tidaklah selama mana. Banyak yang hanya sempat mengecap dunia 20 tahun ataupun 40 tahun saja. Pada bila-bila masa Malaikat Maut boleh menegur kita sama ada di ruang tamu, di tempat kerja, di atas katil, di depan komputer, di atas sejadah ataupun di tempat-tempat lain.

Apa bekalan kita untuk hidup di akhirat nanti?

Kepada mereka yang lebih berfahaman fiqh, sudah berapa banyak bekalan yang disediakan? Berapa banyak mata wang syurga (pahala) yang berjaya dikumpul?

Kepada mereka yang lebih berfahaman tasauf, sudah seikhlas mana amalan-amalan ataupun pengabdian kepada Khalik? Apa teras amalan-amalan dan pengabdian itu, apakah kerana kecintaan kepada-Nya ataupun masih banyak lagi kerana mahu mendapatkan sesuatu imbuhan ataupun takut akan sesuatu hukuman?

Kepada mereka ahli-ahli kasyaf, sudah sejauh mana kefahaman dan keredhaan terhadap Keesaan Af’al Allah?

Berbalik kepada nikmat yang dikecapi orang-orang kafir di dunia ini. Jelasnya keadaan ini menunjukkan sifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Penyayang) Allah SWT. Atas sifat Rahman (Pemurah) maka Allah menaburkan segala nikmat di dunia ini tanpa mengira taraf ketaatan. Orang Islam pun diberi, orang kafir pun diberi. Yang mukmin pun diberi, Muslim yang derhaka pun diberi juga.

Anda tidak solat Subuh? Anda melakukan maksiat? Anda menyembah berhala? Anda masih diberi nikmat bernafas, nikmat makan minum, nikmat memandang dan sebagainya. Bukankah sepatutnya sesiapa yang melanggar kemahuan Tuhan terus saja dihukum? Tapi sifat Rahman Allah SWT tidak begitu. Walau sebesar mana kekufuran ataupun kemaksiatan yang dilakukan, kemurahan Allah meratai semua makhluk.

Tetapi…

Sifat Rahim (Penyayang) Allah SWT dikhususkan kepada mereka yang taat. Sungguhpun orang-orang kafir ataupun para penderhaka menerima kemurahan Allah, namun mereka tidak menerima kasih sayang Allah. Di sinilah kelebihan kita yang memiliki iman. Semoga kita dimasukkan Allah ke dalam golongan ini.

Akhirnya, dengan nikmat kurniaan akal dan ikhtiar yang diberi kepada kita ini, kita bijak-bijaklah membahagikan maza untuk mengusahakan dunia dan akhirat.

Di atas batu pedang berkarat,
Sarungnya digantung terbuai-buai,
Dunia itu ladang akhirat,
Di sanalah nanti tempat menuai.

0 Responses to "NILAI KESERONOKAN HIDUP DI DUNIA"

-hcz-

NILAI KESERONOKAN HIDUP DI DUNIA

| Khamis, 10 Mac 2011 |

0 comments:

Catat Ulasan