0

Kenyataan hidup..

Sabtu, 30 April 2011

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" 

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. 

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. 

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." 

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. 

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. 

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. 

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." 

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " 

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". 

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya... 

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. 

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! 

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! 

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. 

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN...

0

pemenang pertandingan HafizCyberZone

tempat pertama -- 1 dirham kelantan&topup rm10&blog tajaan HafizCyberZone(kelebihan menyimpan dirham ini..harganya akan naik)
tempat kedua -- topup rm7& blog tajaan HafizCyberZone
tempat ketiga -- topup rm5& blog tajaan HafizCyberZone

saguhati x2 -- blog tajaan HafizCyberZone

1st-  farzana ellyana mohd harman
2nd- Nur Syazwani Zuhaidi
3rd- ANIS AISYAH

saguhati
Muhamad Najmi

pemenang sila hubungi  admin di 
hafizorohafiz@yahoo.com segera..

0

pengalaman admin buat....

Rabu, 27 April 2011

ni saya nak kongsikan pengalaman saya buat bendera dengan mengunakan cupcake..boleh makan lak tu..tapi bukan saya sorang je..ada lebih 30 orang gak yang buat ni..( x termasuk cameraman)

kami buat kek ni sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun lepas (2010)
kami dah prepare barang sehari sebelum buat projek ni..
buat kerja ramai2 memang best!
susah sama dipikul,ringan kau angkat sorang la katakan..hehe

jom tengok gambar masa kitorang tengah buat kek ni..

ni la hasilnya bila 'bendera' ni dah siap!

0

salam semua!!

admin bz skit skarang sebab nak siapkan webblog hafizcyber.com..

jempul la datang..
tapi x siap lagi k..

http://hafizcyber.com/

0

jom undi blog HafizCyberZone

Jumaat, 22 April 2011

salam semua pembaca..

saya harini nak meminta tolong anda semua untuk mengundi blog saya sebagai top blog di internet..
setakat ini blog HafizCyberZone mendapat ranking ke-4..

oleh itu admin meminta anda supaya mengundi hingga mendapat ranking no -1

cara nya mudah..klik gambar di bawah..
kemudian login facebook anda...
dan anda boleh mula mengundi!!
senang sungguh kan!

klik gambar untuk mengundi..

TQ KERANA MENGUNDI KAMI!!!

0

nostalgia jalaludin Hassan di A&W

Rabu, 20 April 2011

teringat admin masa keje part time 4 bulan kat A&W..
rupa2 nya datuk jalaludin hassan pun kat situ..
jom baca sejarah beliau.
dipetik dari kosmo!

TARIKH keramat 4 Ogos 1975 kekal segar dalam kamus hidupnya. Setiap kali melintasi restoran makanan segera A&W, secara automatik momen pahit itu menerjah. Biarpun sudah hampir tiga dekad berlalu tetapi peristiwa tersebut masih tetap bersarang dalam dirinya. Segala-galanya bagaikan baru semalam berlaku.

"Pada tengah hari itu saya ditugaskan menghantar pesanan makanan di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di aras sembilan bangunan AIA. Suasana sekitar tenang seperti biasa. Namun sebaik saja pintu lif di aras sembilan terbuka saya mendengar satu letupan kuat yang menyakitkan telinga.

"Saya sangkakan di aras berkenaan sedang sibuk dengan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian. Tapi, lain pula yang berlaku. Belum sempat keluar dari lif tiba-tiba seorang sekuriti dengan pantas menghalang dan bergegas meminta saya segera turun ke A&W," imbas pelakon tersohor Datuk Jalaluddin Hassan, 56, mengenai insiden yang berlaku di bangunan AIA, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur hampir 35 tahun lalu.

Setibanya di A&W yang terletak di aras bawah bangunan AIA, dengan pantas pengurus menarik tangannya masuk ke dalam dan serta-merta mengunci pintu restoran. Kumpulan krew yang lain hanya menggelengkan kepala apabila Jalaluddin bertanyakan apakah yang sedang berlaku.

Keadaan semakin cemas tatkala bangunan AIA dikelilingi dengan puluhan anggota polis. Tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan sebenar, tanpa jemu Jalaluddin meminta pengurusnya merungkai situasi sebenar.

Alangkah terkejutnya sebaik sahaja mendapat perkhabaran letupan yang didengarnya tadi rupa-rupanya tembakan yang dilepaskan oleh pengganas Tentera Merah Jepun (JRA).

Difahamkan tentera JRA telah merempuh masuk dan menawan beberapa individu di pejabat Kedutaan AS dan Sweden di aras tersebut. Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi tebusan akan dibunuh.

Lebih cemas apabila A&W menerima panggilan telefon daripada seorang tebusan yang memesan set makanan untuk tentera JRA. Kacau-bilau fikiran Jalaluddin kerana bimbang keselamatan diri dan krew lain jika pergi menghantar makanan kepada tentera JRA.

"Kami tidak mengambil keputusan terburu-buru dan berbincang dengan pihak polis. Krew A&W dihalang menghantar tempahan makanan sebaliknya anggota polis yang menyamar sebagai krew A&W dan menghantar makanan.

"Selepas beberapa jam terperangkap akhirnya pihak polis membenarkan kami pulang ke rumah. Insiden itu cukup membimbangkan dan menyebabkan bonda menangis teresak-esak memikirkan keselamatan saya," tutur Jalaluddin mengenai krisis tebusan bangunan AIA yang dapat diselesaikan secara aman tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Ini semua berkat kebijaksanaan Allahyarham Tun Ghazali Shafie yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Kemahirannya bertutur dalam bahasa Jepun, membuatkan rundingan selama tiga hari tiga malam itu berjalan lancar dan berjaya membebaskan tawanan.

Biarpun diuji dengan insiden yang mendebarkan, namun ia sedikitpun tidak melemahkan semangat bekerja Jalaluddin. Tanggungjawabnya sebagai krew menghantar pesanan makanan masih dilunaskan dengan baik. 

Berjalan dalam keadaan hujan dan panas tidak dipedulikan asalkan pelanggan menerima pesanan makanan seperti yang diingini. Pada zamannya proses penghantaran tempahan hanya dengan berjalan kaki.

"Saya sekadar suka-suka bekerja di A&W. Sebelum itu sudah mencuba pelbagai pekerjaan tetapi masih tidak berpuas hati kerana impian sebenar ingin menjadi pelakon. Kelakarnya, selepas melihat kawan-kawan bekerja sebagai pelayan, saya pun nak jadi pelayan. Lantas A&W menjadi pilihan.

"Pada era tersebut A&W merupakan restoran makanan segera yang cukup popular. Anak-anak muda kerap dilihat berpacaran di sini. Yalah makan di A&W nampak lebih bergaya berbanding di gerai (ketawa)," ujar Jalaluddin yang memberitahu A&W bukan sekadar lubuk rezeki malah mendidik pekerja tempatan semangat perpaduan.

Tambah bapa kepada lapan cahaya mata itu: "Sejak dulu lagi krew di A&W yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Australia sudahpun mempraktikkan amalan bersatu padu dan bekerjasama.

"Kami saling bantu-membantu. Malah, kawan baik saya ketika itu ialah Peter (anak orang kaya berbangsa Cina) dan Bahrain (Melayu). Walaupun Peter mengalami kecacatan fizikal tetapi saya dan Bahrain sentiasa menjaganya dengan baik."

Detik awal A&W

SAHABAT karib yang memulakan empayar A&W pada tahun 1919.

Kenyataan pelakon yang pernah membintangi drama Idaman itu, disokong oleh Jim Phinex, 67. Phinex bukan calang-calang individu, dia merupakan anak kepada pasangan suami isteri dari California, AS yang bertanggungjawab membuka restoran makanan segera A&W di Malaysia.

Menariknya restoran A&W bukan sahaja restoran makanan segera yang pertama di Malaysia malah rangkaian A&W pertama di Asia. Saat memulakan operasi pada 20 Disember 1963, adalah suatu fasa yang sukar kerana masyarakat Malaysia era itu tidak pernah mengenali burger, kentang goreng atau sosej.

Namun kerana dekorasi restoran yang berwarna ceria itulah, ia mula menarik minat pengunjung khususnya kanak-kanak.

Jelasnya, sewaktu melakukan proses permohonan untuk membuka A&W, kerajaan tempatan memberikan satu syarat penting. Syarat yang perlu dilaksanakan supaya tidak timbul soal ketidakadilan dalam perpaduan kaum.

"Lokasi restoran pertama kami ialah di Batu Road, Kuala Lumpur (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman). Semua kelengkapan dapur dan produk makanan sudah diselesaikan cuma ketika itu kami memerlukan tenaga kerja daripada masyarakat tempatan.

"Oleh kerana kerajaan mahu masyarakat Melayu dan India mula mencari kerja di bandar bersama orang Cina, maka kami diwajibkan mengupah 40 peratus orang Cina, 30 peratus orang Melayu manakala 30 peratus lagi masyarakat India," tegas Phinex ketika ditemui Kosmo! pada Majlis Pelancaran Wajah Baru cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Trak Bergerak A&W.

Phinex yang mengahwini wanita berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu memberitahu dia bagaikan tidak percaya gabungan staf A&W daripada pelbagai kaum menyemarakkan pembukaan restoran tersebut.

Kisah darurat

Menyentuh mengenai suka dan duka A&W, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menyifatkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969, sedikit sebanyak mengganggu operasi rangkaian restoran berkenaan.

Sepanjang perintah darurat orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah sekali gus menyekat pelanggan datang menjamu selera di A&W.

"Pening memikirkan untung rugi ketika rusuhan kaum berlaku. Kekurangan pelanggan menyebabkan stok makanan tidak terusik. Namun semuanya dapat diatasi pada hari kedua rusuhan apabila restoran A&W di cawangan Petaling Jaya, didatangi dua anggota polis yang tidak makan selama dua hari berturut-turut.

"Saya benarkan mereka makan tanpa sebarang bayaran. Pada masa yang sama meminta anggota polis berkenaan membuat pengumuman kepada anggota polis yang lain supaya datang menikmati makanan secara percuma," kata Phinex yang membelanjakan 300 set makanan A&W pada waktu itu.

Ditanya mengenai A&W di Malaysia sudah menjangkau usia 47 tahun dia menjawab: "Siapa sangka restoran makanan segera tertua ini masih gagah berdiri walaupun terpaksa bersaing dengan jenama makanan segera yang lain.

"Paling penting masyarakat tetap mengingati A&W kerana air Root Beer di dalam gelas besar dan Coonie Dog. Itulah signatur popular kami."

anda mungkin meminati

0

kenape air laut masin?

beberapa hari ni admin rajin membuat research..
ni hasilnya!

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

korang mungkin meminati

0

khasiat pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
-HafizCyberZone-
korang mungkin meminati

0

9 sebab hati x bahagia!

a) Pemarah 
Paling
 mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusiaOrang sepertiini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 
 
b) Pendendam
Tersembunyi
 ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-caripeluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kenasakit jantung. 
 
c) Hasad dengki
Amalanya
 hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan
 
d) Bakhil
Sentiasa
 merasakan orang lain menginginkan hartakesenanganpangkat dan lain-lain daridirinyaContohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duitAllah lebih sayang orangyang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupunfasiqpemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki ituAllah beri melalui makhluk
 
e) Tamak
Orang
 yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyakkerana dunia ini ibarat meminum air lautwalau berapa banyak yang diminum tetap tidakhabis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kitabila ia dipakai atau digunakan oleh kitaSelagi tidak diguna iaitu disimpanitu belum bolehdikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapimendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 
 
f) Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar
 
g) Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenangOrang yangmemiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang adaegonya sendiricuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. 
 
h) Riak
Terseksa
 sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipujiSentiasa berlakon-lakondi depan orangJika ia dipujiia akan menambah amalnya tetapi jika dikejiia akanmengurangkan amalnyaAllah marah kalau kita riaktakabbur dengan apar yang kita ada. 
 
iCinta Dunia Tidak dapat menderitadapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pulamenjaganyaBerhartalahtidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu(bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta duniamerupakan 'neraka duniakerana dunia itu 'panasakibat ia merupakan barang buruan danrebutanJadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senangdibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 
 
Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkankemiskinanmusibahkesibukan dan lain lainnyatetapi ialah MAZMUMMAH. Makintinggi mazmummah seseorangmakin ia tidak bahagia.
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itukedua-duanya tetapmenderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnyaSama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kitaterleka dengan dunia buruklahh padahnya.

anda mungkin meminati
iklan berbayar

iklan berbayar

0

fakta tentang lembu

gambar ni tipu je..lembu mana ada gigi atas

  1. Lembu dan manusia mempunyai tempoh kehamilan yang lebih kurang sama iaitu 9 bulan.
  2. Di U.S.A. hasil pengeluaran susu lembu tenusu adalah dijangka lebih kurang 12,000 pound setiap hari.
  3. Di Colorado terdapat lebih kurang 83,000 lembu tenusu.
  4. Lembu tenusu boleh menghasilkan 20-35 gelen air liur setiap hari.
  5. Lembu tenusu minum di antara 20-50 gelen air setiap hari.
  6. Lembu tiada gigi di bahagian atas, sebaliknya mereka ada lapisan tebal di rahang atas.
  7. Lembu boleh mengesan bau sejauh 5 batu.
  8. Lembu mampu mendengar bunyi berfrekuensi lebih tinggi dan lebih rendah berbanding manusia
  9. Anda perlu memerah susu 260 ekor lembu sepanjang tahun untuk memenuhkan tangki minyak kapal angkasa yang berkapasiti 529 000 gelen.
  10. Ada lebih 9 juta anak lembu daging dan lembu tenusu di New Zealand.
  11. Jumlah lembu di Friesland, Netherlands adalah sama dengan bilangan manusia yang tinggal di sana.
  12. Suhu lembu yang baru diperah adalah 101 darjah Fahrenheit dan ia perlu disejukkan dan di simpan pada suhu 40 darjah Fahrenheit. (101 °F = 38.3 °C, 40 °F = 4.4 °C )
  13. Kajian menujukkan bahawa muzik klasik mampu untuk membuatkan lembu mengeluarkan lebih banyak susu. (hohoho menarik ni)
  14. Secara purata, lembu tenusu duduk dan bangun sebanyak 14 kali sehari.
  15. Secara purata, kira-kira 350 picitan diperlukan untuk mendapat segelen susu ketika proses pemerahan.(1 gelen = 3.79 liter susah gak nak perah susu ni hohoho)
  16. Seekor lembu membuat 40 000 gerakan rahang dalam masa sehari.
  17. Anda boleh menarik lembu untuk menaiki tangga, tapi agak mustahil untuk tarik lembu berkenaan turun dari tangga hahaha
  18. Lembu ada 4 perut. (4 bahagian sebenarnya hohoho)
  19. Lembu mampu menyumbang 200 000 gelas susu sepanjang hayat mereka.
  20. Lembu boleh tidur dengan berdiri.
lembu@HafizCyberZone
korang mungkin berminat

0

2 bulan HafizCyberZone di dunia cyber

Allhamdullillah..setelah 2 bulan HCZ di dunia cyber ni..sokongan kuat dan padu dari rakan2,pembaca2,membuatkan saya(Hafiz) x bosan untuk update blog setiap hari..

Terima Kasih atas sokongan korang!

0

hukum pemindahan organ

Isnin, 18 April 2011

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata.
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima atau mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.
copy dari fb.syahirul.com

0

kehebatan alquran *eklusif di HCZ

Ahad, 17 April 2011

Memang banyak nama-nama tumbuhan dan buahan yang disebut di dalam al quran. antaranya, buah zaitun, buah tin, buah delima, buah kurma dan buah anggur.

Selain dari buah buahan, terdapat juga pelbagai penciptaan Tuhan pada alam ini..matahari, bulan, bintang, petir, haiwan dan sebagainya..

1. BUAH-BUAHAN

"Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki) sifat-sifat demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?"
Al-Quran surat Al-An'am (6):95

"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
Al-Quran surat Ar-Ra'd (13):4

2. TUMBUH-TUMBUHAN

Dia-lah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,

"sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu."
"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan."
"dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran."
Al-Quran surat An-Nahl (16): 10,11,13

3. HAIWAN

Dan Tuhan mu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia.
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)" Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
Al-Quran surat An-Nahl (16): 68-69

4. BINTANG

"Dan Dia-lah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui."
Al-Quran surat Al-An'aam (6):97

"Dan dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Al-Quran surat An-Nahl (16):15-18

5. MATAHARI

"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui."
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa
Al-Quran surat Yûnus (10):5-6

6. PETIR

"Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung."
"Dan guruh (Ar-Ra'd) itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya."
"Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) do'a yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan do'a (ibadah) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka."
Al-Quran surat Ar-Ra'd (13):12-14

7. GALAKSI

Galaksi adalah gugusan raksasa dari bintang-bintang yang relatif saling berdekatan. Bintang yang terlihat di langit merupakan bagian dari galaksi. Memang mereka tidaklah berdekatan, tetapi bila dibandingkan dengan bintang pada galaksi yang lain mereka lebih dekat kepada kita dan lebih dekat satu sama lainnya. Dapatkah sahabat membayangkan berapa banyak bintang terdapat diluar galaksi kita? Hanya Allah-lah Yang Maha Tahu. Dapatkah sahabat membayangkan berapa harusnya besar alam semesta ini sehingga memuat bintang-bintang raksasa dalam galaksi raksasa ini? Subhan'Allah! Allah-lah yang telah menciptakan semua ini. Dia telah menciptakan ini semua dengan sempurna. Cubalah lihat langit yang ada di luar, adakah sesuatu yang janggal di sana? Tidak, langit telah diciptakan dengan sempurna oleh Sang Pencipta kita. Alhamdulilah.

"Maha Suci Allah yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang?"
"Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah."
"Sesungguhnya kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala."
Al-Quran surat Al-Mulk (67): 1-5

8. API

"Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dari gosokan-gosokan kayu)"
"Kamu-kah yang menjadikan kayu itu atau Kami-kah yang menjadikannya?"

"Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir."
"Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar"
Al-Quran surat Al-Waqi'ah(56):71-74

9. BULAN
"Dan telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah (tempat), sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua."
"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam-pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya."
Al-Quran surat Yaa-siin (36):39-40
"Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu."
Al-Quran surat Ar-Ra'd (13):2

-HafizCyberZone-

0

ucapan takziah

Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.

Hukum Takziah
Takziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun takziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan takziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.

Waktu Dan Jangka Masa Takziah
Sunat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan takziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan takziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Makruh mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan takziah dan orang yang diucapkan takziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan takziah itu selepas tiga hari.

Menyediakan Makanan Bagi Ahli Keluarga Si mati
Sunat bagi jiran dan kaum kerabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja'far bin Abi Thalib: yang maksudnya : "Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja'far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja'far)." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Haram menyediakan makanan kepada orang yang meratapi si mati, seperti perempuan yang meraung menangis sambil menampar-nampar pipinya dan merobek-robek pakaiannya. Ini kerana orang yang menyediakan makanan untuk orang yang meratapi itu bekerjasama dalam maksiat. (I'anah At-Thalibin: 2/165)

Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid'ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya : "Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan)." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik. Jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan riak, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada riak dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.

Lafaz Takziah
Sunat ke atas orang Islam mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah.

Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut : Ertinya: "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."

Ucapan Takziah Bagi Orang Bukan Islam

Harus bagi orang Islam memberi ucapan takziah kepada orang bukan Islam bahkan sunat hukumnya jika mengharapkan Islamnya.

Apabila si mati orang bukan Islam dan ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarganya yang Islam, lafaznya ialah seperti berikut : Ertinya: "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."

Akan tetapi haram didoakan bagi mayat orang bukan Islam itu dengan memohon keampunan baginya, walaupun ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarga si mati yang Islam. Contoh lafaz mendoakan keampunan yang diharamkan bagi mayat orang bukan Islam itu seperti berikut : Ertinya :"Semoga Allah mengampuni si matimu."

Tidak boleh diucapkan takziah kepada keluarga yang bukan Islam bagi si mati yang Islam itu dengan mendoakannya supaya Allah membesarkan pahala keluarga yang bukan Islam itu. Kerana tiada pahala bagi orang-orang bukan Islam. Tetapi harus diucapkan takziah kepada keluarga bukan Islam itu jika si mati orang Islam dengan lafaz seperti berikut : Ertinya : "Semoga Allah mengampuni si matimu dan membaikkan kesabaranmu." (Mughni Al-Muhtaj: 1/481-482)

Manakala ucapan takziah bagi ahli keluarga bukan Islam dan si mati yang bukan Islam adalah lebih baik ditinggalkan kerana ianya mendoakan orang bukan Islam dengan berkekalan dan sentiasa dalam kekufurannya.

Sebagaimana penjelasan di atas adalah haram bagi umat Islam mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang bukan Islam dengan mendoakan semoga Allah membesarkan pahala mereka. Begitu juga mengucapkan bagi si mati yang bukan Islam dengan mendoakan keampunan. Kerana mendoakan orang-orang bukan Islam itu ada batasnya.

Hukum Mendoakan Orang Bukan Islam
Adalah haram mendoakan orang bukan Islam sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri ataupun sebaliknya, dengan doa yang berbentuk permohonan keampunan dan seumpamanya yang tidak layak disebut bagi orang bukan Islam. Ianya dilarang sebagaimana firman Allah s.w.t. yang tafsirnya : "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka." (Surah At-Taubah: 113)

Daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa yang berkata yang maksudnya : "Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.a.w., dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak harus mendoakan orang bukan Islam agar mereka mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Rahmat Allah s.w.t. itu khusus bagi orang-orang yang beriman. Akan tetapi harus bagi kita mendoakan orang-orang bukan Islam itu supaya mendapat hidayah, taufiq serta beriman kepada Allah s.w.t.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata yang maksudnya : "Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), Mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hadis riwayat Bukhari)

Sementara hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata yang maksudnya : "Nabi s.a.w. pernah minta tolong menimba air, lalu ada orang Yahudi yang menimbakan air untuk Baginda. Maka Nabi s.a.w. mendoakannya: "Semoga Allah menjadikanmu tampan selalu." Maka orang Yahudi itu sehingga meninggal dunia tidak pernah kelihatan uban dikepalanya." (Hadis riwayat Ibnu as-Sunni)

Doa-doa seperti di atas ini adalah diharuskan. Tetapi mendoakan orang bukan Islam dengan memohon keampunan dan keselamatan daripada azab dunia dan azab akhirat, maka itu adalah haram.

Pada zaman yang semakin giat membangun ini, bermacam pendapat dan pemikiran yang timbul dan berbagai usaha yang dilakukan terutama sekali dalam strategi-strategi untuk melemah atau menjatuhkan umat Islam, sekaligus terhadap agama Islam itu sendiri.

Budaya-budaya seperti merayakan halloween dan valentine's day, mencurahkan rasa sedih dengan menghidupkan lilin beramai-ramai, bertafakkur atau senyap dalam beberapa minit sebagai mengingati orang yang telah mati atau berkumpul untuk upacara blessing untuk orang bukan Islam yang telah mati dalam upacara remembrance day dan sebagainya. Istilah beramal turut disalahgunakan seperti konsert amal, fun-fair amal dan sebagainya untuk mengaburi mata orang Islam yang kononnya pekerjaan itu adalah usaha yang berkebajikan. Sama ada disedari atau tidak pekerjaan dan acara-acara itu bercampur-aduk dengan berbagai perkara yang membawa kepada kemaksiatan dan dosa.

Hendaklah kita berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan sama ada ianya menyalahi hukum Islam atau tidak. Seperti memperingati kematian orang-orang bukan Islam dan sekaligus mendoakan mereka itu dalam keampunan dan rahmat daripada Tuhan. Perkara inilah yang mesti kita ambil kira kerana ianya sudah jelas dilarang oleh Islam.

-hcz-

Kenyataan hidup..

| Sabtu, 30 April 2011 |

| |

tempat pertama -- 1 dirham kelantan&topup rm10&blog tajaan HafizCyberZone(kelebihan menyimpan dirham ini..harganya akan naik)
tempat kedua -- topup rm7& blog tajaan HafizCyberZone
tempat ketiga -- topup rm5& blog tajaan HafizCyberZone

saguhati x2 -- blog tajaan HafizCyberZone

1st-  farzana ellyana mohd harman
2nd- Nur Syazwani Zuhaidi
3rd- ANIS AISYAH

saguhati
Muhamad Najmi

pemenang sila hubungi  admin di 
hafizorohafiz@yahoo.com segera..

pengalaman admin buat....

| Rabu, 27 April 2011 |

ni saya nak kongsikan pengalaman saya buat bendera dengan mengunakan cupcake..boleh makan lak tu..tapi bukan saya sorang je..ada lebih 30 orang gak yang buat ni..( x termasuk cameraman)

kami buat kek ni sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun lepas (2010)
kami dah prepare barang sehari sebelum buat projek ni..
buat kerja ramai2 memang best!
susah sama dipikul,ringan kau angkat sorang la katakan..hehe

jom tengok gambar masa kitorang tengah buat kek ni..

ni la hasilnya bila 'bendera' ni dah siap!

salam semua!!

| |

admin bz skit skarang sebab nak siapkan webblog hafizcyber.com..

jempul la datang..
tapi x siap lagi k..

http://hafizcyber.com/

jom undi blog HafizCyberZone

| Jumaat, 22 April 2011 |

salam semua pembaca..

saya harini nak meminta tolong anda semua untuk mengundi blog saya sebagai top blog di internet..
setakat ini blog HafizCyberZone mendapat ranking ke-4..

oleh itu admin meminta anda supaya mengundi hingga mendapat ranking no -1

cara nya mudah..klik gambar di bawah..
kemudian login facebook anda...
dan anda boleh mula mengundi!!
senang sungguh kan!

klik gambar untuk mengundi..

TQ KERANA MENGUNDI KAMI!!!

nostalgia jalaludin Hassan di A&W

| Rabu, 20 April 2011 |

| Isnin, 18 April 2011 |

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata.
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima atau mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.
copy dari fb.syahirul.com

kehebatan alquran *eklusif di HCZ

| Ahad, 17 April 2011 |